Maklumat awal Pilihan_raya_kecil_Rompin_2015

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh PRK Parlimen Rompin (P.091) dan Permatang Pauh tidak dapat diadakan serentak kerana beberapa kekangan .PRK Rompin diadakan dua hari lebih awal daripada PRK Permatang Pauh (P.044).Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh pengundian PRK Parlimen Rompin iaitu pada 5 Mei 2015 manakala 22 April 2015 merupakan hari penamaan calon dan 30 April 2015 tarikh pengundian awal.

Pilihan raya serentak tidak dapat diadakan kerana hari mengundi di PRK Parlimen Permatang Pauh bertindih dengan Hari Hol di Pahang. Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di Pahang. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang dan sepanjang hari tersebut akan dipenuhi banyak acara yang memerlukan pembabitan kerabat diraja, pihak istana, ketua-ketua jabatan dan orang ramai di negeri Pahang.

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Datuk Fadzilla Salleh dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya sambil dibantu oleh lima penolongnya. Penamaan calojn diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Seramai 38 pegawai SPR Pahang terlibat sepanjang PRK itu berlangsung. SPR Pahang turut meminta bantuan dari ibu pejabat untuk menambah pegawai yang terlibat> Jumlah pengundi dijangka tidak akan terjejas walaupun hari pengundian dilakukan ada hari biasa / hari bekerja.[2]

Semua majikan sama ada sektor awam atau swasta supaya memberikan pelepasan kepada pekerja masing-masing memandangkan hari mengundi di PRK Rompin jatuh pada hari Selasa. Tindakan terhadap majikan boleh dikenakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jika menghalang pekerja untuk mengundi.Majikan yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau setahun penjara sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.[3]